Monday, May 10, 2010

Novel: TeRiMa KaSiH CiNta

Prolog...

Gelas ditangan terhempas ke lantai. Air matanya tidak dapat lagi ditahan.

“Mira, sabar nak. Banyakkan mengucap.” Puan Hasnah memeluk tubuh anaknya.

Mira hanya mampu menangis.

“Kamu dengan dia memang dah tak ada jodoh. Kamu masih muda, perjalanan hidup masih jauh. Tak ada gunanya kamu menangis.”

“Sampai hati Kimi buat Mira macam ni mak. Apa salah Mira sampai dia sanggup hukum Mira macam ni. Mira tak boleh terima mak! Mira tak boleh terima!” Air matanya laju menuruni pipi.

Cerita sahabat baiknya Matura, tidak dapat diterimanya. Berat hatinya untuk menerima kenyataan itu.



...PaRt 1...


Hujan masih lagi turun, sedangkan Mira masih lagi tercegat di jendela bilik sambil menghirup secawan kopi panas. Fikirannya melayang-layang memikirkan persoalan yang sering bermain diingatan. Entah kenapa, dia tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya lebih bercelaru mengenangkan memori silam.

Mira menuju ke ruang tamu rumah. Dia menuruni tangga, kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi rehat berhampiran televisyen. Mira menyandarkan tubuh sambil memejamkan matanya. Keletihannya terubat.

Sedang dia leka melayani fikiran, tiba-tiba satu lembaga menghampirinya. Mira terkejut. Dia pantas bangun dari kerusi.

“Fuh semangat! Terkejut akak. Kamu ni Ika, ikut ye pun bagilah salam. Ini tidak, main serbu je.” Marah Mira.

“Alah akak ni, dengan Ika pun nak takut ke?”

“Jangan katakan akak, kalau orang gila pun lari tengok kau.”

“Kenapa pulak?”

“Apa tidaknya. Muka putih melepak habis satu kampit tepung. Itu tidak di kira dengan bau minyak wangi. Habis satu botol!”

“Ala akak ni...Time muda-muda ni la nak melawa, nak kena jaga kecantikan diri. Bukan macam akak, malas.”

“Amboi-amboi, sedapnya mengata akak ye. Muka pun macam bulan, nak mengata akak pula.”

“Ha? Macam bulan? Ye ke kak, muka Ika macam bulan? Wah! Tak sangka Ika cantik macam bulan.” Ika ketawa.

Mira mengejek tawa adiknya. “Memang macam bulan pun. Kopak sana, kopak sini. Lubang sana, lubang sini. Macam bulan la tu. Tengok jauh cantik, tapi bila tengok dekat. Emhhh...hampeh! Itu tak termasuk dengan buah strawberi kat muka.”

“Ha???” Ika mencebekkan mulut, hampa.

“Ha, tau tak buah strawberi tu apa?” Tanya Mira.

Ika hanya terdiam di situ, tidak tau apa yang dimaksudkan oleh kakaknya.

“Jerawat batulah!” Mira ketawa terkekeh-kekeh.

“Ala akak ni...jahat la. Benci!” Ika mula mengatur langkah untuk masuk ke biliknya.

“Ala Ika, jangan la marah. Akak bergurau je la sayang. Mari duduk dekat akak. Mari la...” Pujuk Mira.

Ika mencebekkan mulut lagi. Dia berjalan lambat menuju ke arah Mira.

“Akak ni, tak reti-reti nak tidur ke?”

“Alah, relex la dulu. Malam masih muda. Jum kita lepak tengok tv dulu. Amacam? Okey?” Mira mengangkat sebelah keningnya.

“Emm...macam kata Farah Fauzana dengan Wahid Senario dalam melodi. Kita layan....” Ika membuat gaya atres-atres itu.

“Ha, macam tu la adik akak.” Mira tersengeh sambil memeluk bahu adik bongsunya yang berusia 15 tahun itu.

“Akak tengah cuti ke sekarang?”

“La, mahu tanya lagi ka? Kalau tidak, takkanlah akak terperuk kat rumah ni.”

“Ye tak ye jugakkan?”

“Tau tak pe,” balas Mira.

“Akak tak pergi dating ke? Time cuti ni la, best pergi dating.” Ika mula mengusik.

“Amboi-amboi, kecil-kecil dah pandai ye.” Mira mencubit tangan adiknya.

“Aduh! Sakit la!” Ika ketawa. “Kenapa akak tak jawab?”

“Ika...Ha, mula la tu nak mengusik akak.”

Ika ketawa lagi. “Kenapa pula? Salah ke tanya soalan tu?”

“Ah, tak de maknanya nak berdating-dating ni. Buat habis current jer.”

Tawa Ika semakin kuat.

“Oh..nak ketawa sangat ye...Mari sini, mari akak bagi ketawa.” Mira menggeletek badan adiknya. Ika semakin terkekeh-kekeh ketawa.

“Fuh, penat.” Ika mengeluh.

“Ha, tau pun penat ketawa.” Mira tersenyum melihat adiknya.

“Akak, emmm....Ika tanya satu soalan, boleh?” Ika memandang Mira.

“Tanyalah apa kau nak tanya dik. Kalau akak boleh jawab, akak jawab. Kalau tak boleh, banyak-banyak sorrylah.” Mira tidak mengalihkan matanya daripada kaca televisyen.

“Macam mana hubungan akak dengan Abang Hakimi?”

Mira tersentak. Tidak sangka adiknya berani mengajukan soalan itu. Memang tidak dinafikan, walaupun adiknya baru berusia 15 tahun, tapi gayanya mengalahkan orang yang berusia 20 tahun.

Mira membuat-buat ketawa. Langsung tidak dipandang wajah adiknya. Cuba sedaya upaya menyembunyikan gelodak yang melanda.

“Eh, okey.” Mira ketawa lagi. “Kami okey je.”

Ika memandang kakaknya. “Akak, walaupun Ika ni macam budak-budak tapi Ika tau perasaan akak.”

Mira tersenyum. Dia memandang tepat ke wajah adiknya.

“Ala Ika, Ika tak payah la risau pasal akak. Apa yang paling penting sekarang, akak nak Ika belajar rajin-rajin. PMR tahun nikan? Ha, buat yang terbaik. Nanti dapat masuk asrama penuh, lepas tu dapat masuk universiti. Ingat Ika, kita bukannya daripada family yang senang.”

Ika mengangguk. “Emmm...So, jadi tak akak kawin dengan Abang Hakimi?”

Mira terdiam seketika. Matanya tetap di televisyen.

“Tak tahulah Dik. Kita wait and see je lah.” Satu keluhan berat keluar dari mulut Mira.

Ika memandang wajah Mira. “Selama ni akak tak pernah berahsia dengan Ika, kenapa hari ni akak macam nak mengelak je.”

Mira mula gelabah. “Ish, tak adalah. Lagipun akak kan dah sambung belajar sekarang. Dulu akak kerja lain la, boleh kawin. Sekarang akak nak fikir pasal belajar dulu, hal dengan Abang Hakimi tu, kalau boleh biarlah akak ketepikan dulu.”

“Tapi akakkan ambil part time degree sekarang. Apa kaitan dengan boleh kahwin atau tak?”

Satu keluhan berat keluar dari mulut Mira. “Entahlah Dik.”

Ika merenung wajah Mira lagi. Dia dapat meneka perasaan raut wajah itu. Dari raut wajah kakaknya, dia tahu hati kakaknya terluka. Dia cuba mencari idea untuk mengambil hati kakaknya.

“Akak, muka akak ni cantik la... Licin, putih, bersih je. Tak payah pakai bedak, tak pakai mekap pun dah cantik.” Ika tersenyum-senyum.

Mira memandang Ika. “Hai, lain macam punya ayat.”

Ika tergelak. “Ala akak....Bagilah tip and petua sikit.”

Ika menyendek-nyendekkan badannya pada Mira.

“Ini serendek-serendek macam kucing kelaparan ni, mesti ada apa-apa nikan?” Mira membuat memek muka.

“Eh, Ika cakap ni ikhlas tau!”

Mira menguap. “Kalau kita betul-betul ikhlas tak yah cakap perkataan ikhlas tu. Dah, jumlah masuk tidur. Cerita kat tv tu dah habis dah pun.”

“Ala akak ni.... Orang tanya bukannya nak jawab pun.” Ika menarik muka, merajuk.

Mira megegeleng-gelengkan kepala. Dia bangun dari kerusi lantas mengeliat.

“Banyak kekalkan diri dalam keadaan berwuduk, jangan tinggal sembahyang, banyakkan baca al-quran, berzikir. Barulah muka cantik berseri-seri.”

Dahi Ika berkerut.

“La..betul la akak cakap. Kenapa? Tak percaya?” Mira memandang adiknya sambil meghabiskan sisa kopi di dalam cawan.

“Ye ke?” Tanya Ika.

“Ye...tak percaya, cubalah. Satu lagi, masa ambil air sembahyang tu, niat lah bagi muka kita ni cantik berseri-seri. Sebaiknya doalah, Ya Allah kau cantikkan lah wajahku dan berikanlah cahaya di wajahku di hari akhirat kelak.”

Ika memandang wajah kakaknya. Lantas, dia tersenyum. “Lagi?”

Mira membuat memek muka. “Jangan kerap tengok muka dekat cermin sangat. Itu petua orang tua-tua. Masa tengok cermin pun doalah doa melihat cermin. Macam akak tampal dalam bilik tu. Pastu doalah juga, Ya Allah, kau baikkanlah budi pekertiku sebagaimana baik dan mulianya budi pekerti Nabi Muhammad S.A.W dan kau baikkanlah juga budi pekerti ku sebagaimana kau cantikkan wajahku. Ha...barulah tak lupa diri. Ini harapkan muka je yang cantik, tapi perangai tak baik nak buat apa. Betul tak?”

“Ha, betul, betul, betul.” Ika meniru babak ipin dalam animasi upin dan ipin.

“Ha, macam tulah adik akak.” Mira mengusap-ngusap kepala adiknya.

“Akak, Ika nak tidur dengan akak malam ni boleh?”

“Kenapa pulak? Nie mesti takut nak tidur sorang-sorang ni kan?” Mira memerli Ika.

“Ala akak ni...Semalamkan akak dah janji dengan Ika yang akak nak borak-borak dengan Ika sebelum tidur. Memory dah lost ker?” Perli Ika balik.

“Oh...nak tuntut janji rupanya. Yelah, yelah...Jum kita....Tido...” Mira menggeletek-geletek badan adiknya.

“Eh akak ni, gelilah. Geli!” Jerit Ika.

“Syuppppp!!!!! Jangan bisinglah, mak dengan abah nak tidur tu.”

“Tulah, kacau orang sangat.”

Mira ketawa melihat telatah adiknya. Mereka menuju ke bilik. Sang bulan pula tetap meneruskan tugasnya mengawal peredaran malam.

---

No comments:

Post a Comment