Monday, May 10, 2010

...PaRt 3...

Pagi itu awal-awal pagi lagi Mira sudah bangun. Bunyi ayam yang berkokok mengindahkan lagi suasana pagi ciptaan tuhan. Mira berasa tenang di sini. Jauh daripada hiruk pikuk kota. Sudah berbulan lamanya Haimi pergi ke luar negara. Episod duka itu terasa seolah-olah seperti pisau yang masih tersusuk ke dada. Peritnya masih lagi terasa.

Nenek pasti sudah bangun, duga Mira. Dia bergegas menuju ke dapur. Namun, kelibat nenek tidak pula kelihatan. Air di dalam cerek masih dijerangnya di atas dapur. Mira cemas. Lantas, dia memanggil-manggil nama neneknya. Namun, tidak disahut.

Kemana pula nenek?

Pintu dapur di bukanya. Selipar jepun yang uzur itu disarungnya ke kaki. Dia menjenguk di telaga, tiada. Di kandang lembu, tiada. Di reban ayam juga tiada. Dimanakah nenek?

Mira mengeluh sendirian. Kelihatan ada seseorang sedang berdiri di bawah pohon cempedak.

“Nenek!” Mira tersenyum lantas dia pantas berlari menuju ke arah nenek.

"Eh, kamu dah bangun Mira?" Tanya nenek sambil batuk yang masih bersisa di mulutnya.

Mira mengangguk. "Nenek buat apa ni?"

"Ini ha, buah nangka ni degil pulak dia nak luruh." Jawab nenek.

"Kalau macam tu, mari Mira tolong."

"Tak payah susah-susah. Nenek boleh buat. Ketepi sikit kamu tu. Nenek nak kait ni,"

Mira berundur ke belakang. Dengan sekali tarik sahaja buah nangka besar itu jatuh.

"Wah!!! Tere lah nenek." kata Mira. Kuat juga nenek aku ni.

Nenek tersenyum. “Pokok ni arwah tok wan kamulah yang tanam. Alhamdulillah buahnya menjadi. Besar-besar pula tu." Jelas nenek.

Kalau jual ni mesti laku kan nek?" Duga Mira.

“Buat apalah nak jual Mira. Isi perut sendiri lagi bagus. Ada lebih kita bersedekah."

Mira tersenyum. "Betul juga tu. Mari la Mira angkatkan."

"Tak laratnya kamu. Mari kita tarik sama-sama,"

"Tak pe Mira angkat. Mira kuat nek." balas Mira.

Nenek menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah cucunya. Mira menggagahkan diri mengangkat buah nangka itu. Lantas meletakkannya di atas pangking berdekatan.

"Wah! Cempedak pun ada nek? Nek nak buat apa dengan cempedak ni?" tanya Mira sambil melihat 5 biji buah cemedak yang berada di atas pangking.

"Kita buat cempedak goreng, makan mentah ke. Selebihnya kita buat cempedak kering,"

"Wah! Cempedak kering nek?" tanya Mira.

"Nenek tau, kamu dengan arwah tok wan kamu tu minat sangat makan cempedak kering. Dulu sanggup naik basikal tua tu ke kebun. Buah cempedak jatuh dalam parit pun sanggup kutip." Kata nenek. Lantas mereka ketawa.

Jauh disudut hatinya, Mira teringatkan arwah datuknya. Basikal tua yang tersidai di bawah pohon rambutan itu menyimpan pelbagai memorinya bersama arwah tok wan.

Dengan basikal tua itulah Mira menjadi teman setia datuknya untuk ke kedai, ke ladang mahupun ke kebun. Namun, datuknya telah menyahut seruan Ilahi sejak usianya 11 tahun.

Mira leka melihat nenek mengupas buah cempedak. Lantas, dia turut menolong. Buah cempedak itu dibuang bijinya. Kemudian diletakkan di atas talam untuk di keringkan.

"Mira, kamu dengan Hakimi macam mana?" Tanya nenek.

Mira terkejut. Dia tidak pernah menduga yang nenek akan menanyakan soalan itu.

Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi orang sekelilingnya mengajukan soalan itu kepadanya, malah dia sudah muak menjawab persoalan itu.

Kenapa tiba-tiba nenek tanya soalan ni pulak. Apa aku nak jawab ni. Mira mula bingung.

Sudah hampir setahun Mira berpisah dengan Hakimi. Sehingga kini, sudah berbulan lamanya Hakimi pergi ke London. Sebolehnya dia tidak mahu tahu di mana Hakimi berada, apa yang Hakimi buat. Kalau boleh, dia tidak mahu lagi mengambil tahu hal itu. Apa yang dia tahu hanyalah Hakimi mengikuti wanita inggeris itu lari ke luar negara setelah mereka diijab kabulkan.

Niat Mira untuk menyambugkan kembali perhubungannya dengan Hakimi terbatas apabila Mira mendapat tahu yang Hakimi kasanova. Teman wanita ditukar ganti seperti menukar pakaian. Memang diakui dia tak pernah merosakkan anak dara orang, tapi dia amat gemar mengguris setiap hati wanita yang menjadi teman wanitanya. Selepas puas hati wanita itu terluka, dia akan meninggalkan wanita itu begitu sahaja. Tambahan lagi sejak peristiwa yang berlaku di lapangan terbang itu, membenarkan sangkaan dan cerita masyarakat sekeliling mengenai Hakimi.

Dari saat itu, Mira mulai serik. Hatinya hancur, remuk. Mira menjadi salah seorang mangsanya. Dia benar-benar kecewa dengan sikap Hakimi, sehinggakan dia selalu berfikir apakah salah dan dosanya sehinggakan Hakimi tergamak buat dia begitu. Sedangkan dia menyintai Hakimi sepenuh hatinya. Cinta Mira dianggap seperti tiada harga. Perasaan boleh dipermain-mainkan. Mira marah, geram! Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi bertemu malah mengigati lelaki itu.

Mira masih menimbang-nimbang, apakah jawapan yang wajar diberikan kepada nenek. Lebih meresahkan Mira, apabila dia memikirkan yang nenek serta kedua ibu bapanya sudah mengenali Hakimi. Malah, mereka amat berkenan dengan tingkah-laku pemuda itu sehingga mahu menjadikan menantu!

"Mira, kenapa diam ni? Tak jawab pun soalan nenek,"

Mira tersentak. Lamunannya hilang. Kini, dia mula rasa terjerat.

"Nenek bukannya apa, Mira. Nenek ni dah tua. Kalau boleh, nenek nak sangat tengok kamu kawin sebelum nenek arwah"

"Nek, apa yang nenek cakapkan ni! Tak baik!" Kata-kata nenek itu lebih menekan fikiran Mira. Mahu sahaja dia menangis di situ. Jiwanya amat sensetif apabila membincangkan soal itu.

Suasana terdiam seketika.

"Kami tak ada jodoh nek." jawab Mira. “Macam-macam benda Mira buat untuk pertahankan hubungan Mira dengan dia, tapi akhirnya dia pergi juga.” Nada suara Mira sayu. Matanya berlinangan.

Nenek hanya diam, sambil menepuk-nepuk bahu cucunya itu.

"Lagipun Mira masih muda. Perjalanan masih jauh." Kata Mira lagi. Saja mahu menyedapkan hati nenek.

Tidak dinafikan semua sepupu dan rakan-rakan sebayanya sudah mendirikan rumahtangga. Dia lebih tertekan, apabila semua masyarakat sekeliling asyik menanyakan soalan yang sama. Namun, sudah menjadi adat wanita kampung ini yang berkahwin di usia muda.

Nenek mengangguk. "Nenek faham. Nenek bergurau je tadi. Kamu janganlah ambil hati. Mak kamu dah ceritakan semuanya pasal kamu dan Hakimi pada nenek.”

Mira terkejut. Dia pantas memandang neneknya.

Kenapa mak ceritakan hal ini kepada nenek!

“Kamu bersabarlah. Nenek tau kamu sayang sangat dengan si Hakimi tu. Kalau ada jodoh tak ke mana Mira." Pesan nenek.

"Mira faham nek." jawab Mira. Matanya berkaca. “Tapi Mira dah serik dengan dia. Mira tak dapat terima apa yang dia buat pada Mira.” Air mata Mira mula menitis.

"Mira, sudahlah." pujuk nenek. Lantas, ditepuk-tepuknya lagi bahu Mira. Cuba menenangkan perasaan cucunya itu.

Mira baring di pangkuan nenek.

"Mira tak sangka Hakimi akan buat Mira macam ni, nek. Apa salah Mira pada dia. Mira terlalu sayangkan dia. Tapi dia..." Luah Mira. Dia tak sanggup menghabiskan ayat itu. Air matanya laju menuruni pipinya.

Nenek memeluk Mira. “Mira, sudahlah tu. Jangan menangis, tak baik.” pujuk nenek.

Sudah acap kali Mira cuba menepis kenangannya bersama Hakimi, namun ingatan itu mengekorinya ibarat bayang-bayang.

Apabila dia berjalan-jalan di sekitar kampung, semua orang akan bertanya, bila dia akan berkahwin? Perkara itu lebih menekan jiwanya. Malah, semua mulut akan menanyakan soalan yang sama. Usianya kini baru mencecah 21 tahun. Tidak wajar baginya untuk diajukan soalan itu malah untuk berkahwin.

Namun, sudah menjadi adat wanita kampung berkahwin muda. Kawannya Immah berkahwin sejak usia 16 tahun dan kini sudah memiliki 3 orang anak.

Ah! Tansion betul apabila memikirkan hal itu. Dengus Mira.

Bagi Mira itu hanyalah masalah kecil yang boleh di selesaikan. Apa yang menekankan jiwanya kini adalah mengenai Hakimi.

Pujukan dan kata semangat daripada nenek mengeringkan air mata Mira. Kini dia lebih kuat. Dia malas lagi menghiraukan kata orang. Sudah menjadi adat manusia yang suka jaga tepi kain orang lebih daripada diri sendiri.

Dia teringat akan kata pepatah, ‘ mulut tempayan boleh ditututp, mulut manusia siapa yang tahu’. Jadi, biarlah orang mahu mengata apa pun. Lebih-lebih lagi hal dirinya dan Hakimi. Dia percaya, suatu hari orang pasti akan merasa letih untuk mengatakan hal itu lagi. Dengan itu, mereka akan terdiam juga. Betul kata nenek, apa yang paling penting sekarang adalah banyakkan bersabar.

Sedang Mira leka duduk di pangking bersama nenek, dia terdengar bunyi loceng. Mira hairan.

"Pagi-pagi macam ni pun ada orang jual ais krim ke nek?" Tanya Mira.

"Ha? Ais krim? Ish, merepeklah kamu ni." balas nenek.

Mira bangun dari pangkuan nenek. "Cuba nenek dengar betul-betul. Bunyi macam loceng Abang Seman jual ais krim"

Nenek memasang telinga. Cuba meneliti bunyi yang dimaksudkan.

"Oh...Itu bukannya bunyi loceng Abang Seman jual ais krim. Itu bunyi loceng ‘tok janggut’." Jawab nenek.

"Ha??? ‘Tok Janggut’ ?" Tanya Mira, pelik.

"Ha ah, itu tak ada kerja lainlah tu. ‘Tok janggut’ punya kerja. Nanti siap! Biar nenek halau, pukul dia." Kata nenek sambil turun dari pangking.

Mira pelik. Siapa ‘Tok janggut’? Kenapa nenek nak halau? Kenapa nenek nak pukul pulak?

Nenek mula menuju ke hadapan rumah bersama sebatang ranting kayu ditangan. Mira mula cemas.

Sejak bila pula nenek aku pandai belasah orang ni.

Mira pantas mengekori neneknya. Sampai dihadapan rumah, Mira ketawa melihat telatah nenek. Tok Janggut yang dimaksudkan oleh neneknya rupa-rupanya adalah kambing. Kayu yang dibawa oleh nenek itu dilibas-libasnya lantas sekumpulan kambing itu lari bertempiaran memasuki kawasan kebun getah berdekatan.

"Syuh! Syuh! Habis la pokok bunga aku di makannya." ngomel nenek.

Mira ketawa melihat telatah neneknya.

"Nenek pukul lagi nek, pukul lagi. Biar kena bontot dia!" kata Mira sambil ketawa yang masih bersisa.

Suasana pagi itu riuh dengan telatah mereka berdua.

---

No comments:

Post a Comment