Monday, May 10, 2010

...PaRt 8...

Setelah segalanya selesai, mereka menuju ke tempat parking kereta. Akmal mendapatkan jipnya lantas mereka menuju ke klinik seperti yang dijanjikan. Dalam perjalanan, mereka sempat berborak kosong.

Akhirnya mereka sampai juga ke destenasi yang ditujui. Baru sahaja Mira mahu menanggalkan tali pinggang kereta, Akmal meminta Mira memakainya semula. Akmal pantas mengundurkan semula jip merahnya. Lantas jip itu kembali menyusuri jalanan.

Pelbagai persoalan mula bermain di kepalanya. Mira hairan. Kemana Akmal nak bawa aku ni?

"Eh, Akmal kata tadi nak ke klinik, ni nak ke mana pulak?" Tanya Mira.

"Awak ikut je. Nanti awak tau la, Okey? Seriousely saya tak ada niat jahat. Jahat, jahat tak main, ha." Balas Akmal.

Mira membuat memek muka. Ternyata jawapan itu tidak memuaskan hati Mira. Akmal hanya tersenyum.

Suasana dalam perut jip kembali sunyi. Akmal lantas mencapai CD lagu, lalu dipasangnya. Lagu bertajuk 'Against All Odds' nyanyian Mariah Carey sedikit sebanyak dapat mengubati kesunyiannya.

Jip mula menyusuri highway Kesas menuju ke PWTC. Hati Mira mula gelisah. Namun, hatinya kembali tenang apabila dia tahu yang Akmal akan melalui Haighway Ampang. Mungkin Akmal mahu menuju ke Hospital Ampang Puteri, duganya.

Ah layanlah mamat ni nak pergi mana pun. Asal tak buat jahat kat aku sudah. Kalau dia buat jahat jugak, makanlah penumbuk sebijik! Biar dia rasalah penumbuk sulung aku! Biar padan dengan muka. Mira tersenyum.

Mira memuluk tubuhnya. Air-corn dalam jip Akmal mendinginkan tubuhnya. Kaki dilunjurkan kehadapan. Nafas ditariknya dalam-dalam, lantas dihembusnya.

Segala kepenatan terkeluar dari hembusan itu. Badannya terasa amat letih. Lantas dipejamkan matanya tanpa menghiraukan Akmal yang berada di sisinya.

"Eh mengeluh nampak," Sapa Akmal yang mula membuka bicara.

"Naik gila dah saya ni," Balas Mira, selamba.

"La, kenapa pulak?" Tanya Akmal.

"Eh, mau tanya lagi ka?" Perli Mira. "Awak punya pasal la... Hai, kenapalah bad sangat hari ni. Bad day! Kena hantar buku bertimbun-timbun. Terlanggar oranglah. Kena dera ikut awak ke hospital. Tapi, sampai sekarang batang hidung hospital tak nampak-nampak. Awak ni nak suruh saya teman awak cari doktor pakar kot. Tak pun, pergi cari peguam nak suruh tuntut bela tangan awak yang luka tu. Atau....Ha! takpun

nak report mak sebab saya dah rosakkan tangan awak. Hai yooo, kalau macam ni matilah saya." Kata Mira sambil memejamkan matanya.

Akmal ketawa.

Mira memuka mata seluas-luasnya. Dia pandang muka Akmal dengan kehairanan. Dahinya berkerut. "Eh awak, saya tak buat lawak la."

"La, siapa pulak kata awak buat lawak," Balas Akmal dengan ketawa yang masih lagi bersisa.

"Dah habis tu, kenapa awak gelak?"

"La...Gelak pun salah?"

"Ah, nonsenselah bercakap denga awak ni,"

"Nonsense tak nonsense, asalkan saya senang hati,"

"Ah, gilalah!"

"Eh, sapa yang gila?"

"Awak la gila, siapa lagi,"

"Kenapa pulak?"

"Sebab awak tak bagitau saya, ke mana kita nak pergi sekarang ni. Gila la tu namanya,"

"Kenapa nak tau ke?"

"Eh dia ni, mestilah."

"Okeylah sekejap ye. Suprise!!!,"Kata Akmal. Lantas dia membelokkan stereng jipnya ke sebelah kiri. Memasuki simpang Taman Seri UK. Kelihata sebuah rumah besar tersergam indah bagaikan istana diraja.

Ke mana pulak dia bawa aku ni. Mamat ni dah sewel agaknya. Duga Mira.

"Eh awak, awak jangan merepek boleh tak? Ni nak ke mana pulak ni? Hospital Ampang kat depan sana lagi la...," Kata Mira.

"Saya tau. Alah relex la... Kita dah sampai dah pun," Balas Akmal. Dahi Mira berkerut. Pelik.

"Jum la kita dah sampai. Kenapa tak turun lagi?" Tanya Akmal. Lantas dia menuju ke arah Mira. Pintu jip tempat duduk Mira dibukanya. Perlahan-lahan Mira turun.

Akmal memberikan kunci kereta kepada seorang lelaki di depan rumah. Jip Akmal dipandu lelaki tersebut lantas diparkingkan di kawasan sebelah.

"Eh awak, jum la balik awak. Hantar la saya balik. Tadi kata nak pergi klinik. Ni bukan klinik ni. Hospital pun bukan. Ni rumah orang ni," Kata Mira. "Jum la balik"

"Eh Mira lepak la dulu." Pujuk Akmal.

"Lepak tempat macam ni? Hilang akal ke apa awak ni?"

"Eh Mira, jum la masuk." Kata Akmal. Mira terkejut.

Dia ni gila ke. Ada ke patut dia bawa aku balik rumah dia. Ish! Ini sudah menimbulkan kemarahan! Aduh, pening aku! Apa aku nak buat ni?

“Eh Akmal, kenapa awak buat saya macam ni, ha? Kira baik la saya nak teman awak pergi klinik tau. Ini tidak, awak bawa saya balik rumah awak pulak. Oh, mentang-mentang awak anak orang kaya, awak nak tunjuk rumah besar awak kat saya la? Macam tu?” Marah Mira.

“Mira please jangan la macam ni. Awak dah salah faham. Awak tengok la baju saya ni penuh dengan tompok-tompok darah. Saya tak selesa. Saya kena mandi dan bersihkan diri dulu. That why saya bawa awak balik rumah saya. Lagipun kalau pergi klinik dengan luka saya yang tak seberapa ni buat doktor and nurse gelak je.” Jelas Akmal.

Betul jugak cakap dia.

“Habis tu yang awak beria-ria ajak saya pergi klinik tu apasal?”

“Mira, saya mintak maaf la. Saya tau, saya tak patut buat awak macam ni. Lagipun, kita baru kenal. Awak jangan risau, mak dan ayah saya tak ada kat rumah sekarang. Yang ada pun cuma bibik, adik saya, dan nenek je. Jum la kita masuk. Buat macam rumah sendiri, okey? Saya janji sekejap je.” Kata Akmal.

Mira mula rasa bersalah kerana menganggap Akmal yang bukan-bukan.

“Eh, Abang Mal dah balik?” Kedengaran suara adik perempuan Akmal di ruang tamu rumah. Mira mula gelabah. Adik Akmal tergamam melihat Akmal dan Mira yang berdiri dihadapan pintu rumah. Dia segera menghampiri Mira.

“Eh Abang Mal, ni Kak Mira kan? Kenapa tak bagitau yang Kak Mira nak datang hari ni? Yang baju tu kenapa pulak, berdarah-darah. Eee..kotor,” Kata adiknya.

“Abang Mal ingat nak pergi klinik tadi. Tapi baju kotor pulak. Tu yang singgah rumah kejap. Kebetulan lalu sini, abang Mal terus la bawa Kak Mira datang. Lagipun bukan senang dapat peluang, betul tak,” Kata Akmal sambil memandang Mira. Akmal tersenyum.

Mira hairan. Bagaimana adik Akmal boleh mengenalinya? Mira memandang adik Akmal lantas melemparkan sekumtum senyuman.

“Hai, saya Lisa,” Sapa adik Akmal, mesra.

“Mira,”Balasnya.

“Jum duduk dulu,”Pelawa Akmal. Mira hanya mengangguk.

“Eh Kak Mira, duduk sekejap ye. Nanti Lisa datang,” Kata Lisa. Lantas dia berlari menuju ke dapur sambil berkata, ”Nek, nek, tengok la sapa yang datang ni. Kak Mira datang la nek.”

Perbuatan adik Akmal itu menghairankan Mira. Bagaimana mereka mengenali dirinya? Sedangka inilah kali pertama Mira bertandang ke rumah mereka.

“Mira, awak duduk dulu, saya naik atas sekejap,”Pinta Akmal.

“Okey,” Jawab Mira ringkas.

Tidak lama kemudian, kelibat nenek Akmal kelihatan di ruang tamu bersama Lisa. Nenek menghampiri Mira lantas mereka bersalaman.

Mira mula terfikir-fikir apakah topik yang wajar yang boleh dia bualkan dengan nenek Akmal. Tiada modal rasanya untuk dilemparkan sebagi sajian pembuka bicara. Apa yang dia mampu lakukan hanyalah mendiamkan diri, kadang-kala melemparkan senyuman. Mira menundukkan wajahnya ke lantai. Hanya menunggu satu suara untuk memulakan perbualan. Adik Akmal, Lisa tak henti-henti memandang Mira. Mira mula rimas.

Hai, kenapalah Lisa ni dari tadi asyik pandang aku je. Mulut aku ni comot ke? Pakai kat muka ni bertompok ke? Atau tudung ni senget sebelah ke? Aduh, naik malu aku dibuatnya. Gelabah pun ada juga ni.

“Kak Mira, Kak Mira ni cantik la,” Tegur Lisa.

Tercengang Mira dibuatnya. Mira hanya tersenyum bodoh. Itu sahaja yang mampu dilakukannya. Cover malu!

“Ish, tak de lah,” Mira tersensyum malu. “Err...nenek dengan Lisa satu family lama dah ke tinggal sini?” Secara tiba-tiba timbul idea untuk berborak.

“Lama dah Kak Mira dari Lisa and Abang Mal kecil lagi,”

“Oh..macam tu. Belajar lagi ke sekarang?”

“Aha,dekat je..dekat UITM Jalan Semarak,”

“Kalau macam tu dekat je la. Duduk luar kampus la ni?”

“A’ah. Bebas sikit,” jawab Lisa lantas dia ketawa. Mira hanya tersenyum.

“Kamu satu universiti dengan Akmal, Mira?” Tanya nenek.

“Aha,”Jawab Mira ringkas.

“Ambil part time study juga?”

Mira mengangguk sambil tersenyum.

“Bila kamu kenal dengan Akmal?”Tanya nenek lagi.

“Err...err...baru je lagi nek,”

Nenek dengan Lisa tersenyum. Soalan itu benar-benar memerangkap Mira. Pelbagai topik dan perbualan mereka bualkan. Tidak lama kemudian Akmal muncul. Dia menuruni tangga lantas melabuhkan punggungnya di sisi Mira. Bau wangi menusuk ke hidung. Mungkin Akmal mandi sebelum turun ke ruang tamu tadi. Akmal menanggalkan cermin matanya lantas digosok-gosok cermin mata itu. Kemudian dia pakainya semula.

“Nenek ada kerja sikit kat dapur tu. Nenek minta diri sekejap. Nanti bibik tu lain yang kita suruh buat, lain pulak yang dia buat. Mira duduk la sekejap ye. Nenek ke dapur sekejap,” Kata nenek sambil menepuk-nepuk bahu Mira.

“Eh nek, biarlah Mira tolong,”

“Tak payah, orang gaji rumah ni ramai. Kita yang bayar dia, biar dia buat kerja,”

Mira hanya tersenyum.

Mira merasakan nenek bertuah kerana memiliki anak yang baik dan bertanggungjawab sepeti ayah Akmal yang sanggup membawa nenek tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur. Malah, apabila mereka melancong ke luar negara, nenek turut ikut. Ibu Akmal pula, walaupun berasal dari Australia namun tetap menyintai budaya ketimuran negara ini. Mira hairan dengan segelintir remaja kini yang terpengaruh dengan budaya barat.

Seorang pembantu rumah membawa sedulang air dan buah-buahan menuju ke ruang tamu. Akmal mengambil air itu dan diagihkan kepada setiap seorang. Mira hanya melihat, tidak ada apa yang boleh dibantunya.

Tidak lama kemudian kelibat nenek muncul.

“Eh, Akmal kau dah solat?” Tanya nenek.

“Dah nek,” Jawab Akmal, ringkas.

“Ha, yang kau Lisa dah solat?” Tanya nenek kepada Lisa pula.

“Belum. Sekejap lagi la nenek. Nak tengok tv ni sekejap. Cerita tengah best ni,” Jawab Lisa.

“Ha, itu jelah alasannya. Abang kau tak perlu nenek bising-bising yang kamu liat sangat. Selalu diberikan muka macam ni jadinya,” Marah nenek. “Sudah, pergi sembahyang dulu. Nanti habis pulak waktu.”

Lisa terus bangun menuju ke biliknya.

“Mira kalau kamu nak sembahyang boleh la pergi ikut Lisa tu,” Kata nenek.

Mira hanya tersengeh.

“Kita ni sibuk mana pun, sembahyang jangan sesekali lupa. Orang kita ni mudah sangat lupa diri. Tenggoklah budak sekarang. Nama je orang melayu, islam pula tu, tapi pakaian masya-Allah terbelah sana, terbelah sini. Tak cukup kain agaknya,” Ngomel nenek. Mira tersenyum.

“Ha Mira, lebih baik awak naik atas bersolat. Kalau tidak, nanti panjang lebarlah nenek mengomel. Beritanya boleh sampai esok pagi,” Kata Akmal.

Nenek hanya tersenyum. “Pandailah kamu tu,”

Akmal tersenyum sambil mengangkat-ngangkat kedua-dua belah keningnya.

“Budak perempuan sekarang susah dah nak jumpa yang menutup aurat. Tambah la nak bertudung macam kamu ni Mira. Hai, untung la siap yang dapat kamu ni. Comel je nenek tengok. Tutup aurat, kepala bertudung, duduk pun sopan, bercakap pun tersusun. Sejuk hati,” Puji nenek.

Hai naik kembang-kempis hidung aku dibuatnya.

“Eh, nek jangan la puji Mira macam tu. Esok, lusa kita tak tau,”Kata Mira. Akmal disebelahnya leka makan buah. Dia tersenyum-senyum memandang Mira.

“Eh, jangan cakap macam tu. Selisih!” Balas nenek. Mira hanya tersenyum. Akmal memandang Mira yang asyik berbual dengan neneknya. Lisa pula tersenyum-senyum melihat Akmal.

“Ha Mira, pergilah sembahyang. Asyik berbual pula, terlupa pula nenek,” Kata nenek.

“Ha Mira, pergilah,” Kata Akmal.

“Err...Err...Saya...Saya...,” Kata Mira tergagap-gagap,”

“Tak payah nak malu cu. Buat je rumah ni macam rumah kamu sendiri,” Kata nenek lagi.

“Ha Mira kalau awak nak saya boleh tunjukkan bilik air,” Kata Akmal pelawa.

“Alah, tak payah nak mengada-ngada abang. Lisa boleh tunjukkan,”

Akmal membuat memek muka kepada Lisa. Lisa ketawa.

“Err..Err...sebenarnya...Saya...Saya cuti nek,” Kata Mira. Mukanya merah padam menahan malu. Dia lantas membuat senyuman bodohnya.

Kwang, kwang, kwang..... Kantoi aku!

“Oh, uzur gamoknya. La...asal tak bagitau awal-awal. Kalau macam tu cepat minum, makan buah tu. Nanti kita makan nasi,” Kata nenek.

Akmal tersenyum melihat Mira. Mira memandang Akmal lantas melemparkan jelingan manjanya.

Ni semua mamat ni punya fasal. Tersenyum-senyum, tersengeh-sengeh. Perli aku la tu. Cover muka konon, macam la aku tak tau.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja dibelasahnya mamat yang berada disisinya itu.

“Kak Mira duduk la sekejap. Nanti Lisa datang. Lisa nak kemas beg sekejap. Nanti kita lunch sama-sama okey,” kata Lisa.

“Okey,”Jawab Mira ringkas.

“Eh, adik. Tidur kat hostel ke malam ni?” TanyaAkmal.

“Ish abang ni, buat-buat lupa pula. Lisa ikut kawan pergi lawatan la esok. So, hari ni kenalah tidur sana. Esok awal-awal subuh lagi nak gerak. Kalau tak tidur sana, siapa nak anta Lisa esok.”

“Nak abang hantar ke?”

“Tak payah. Nanti kacau line pula,” Balas Lisa. Lantas dikenyitkan sebelah mata kepada Akmal.

“Ish, baling dengan bantal ni baru tau,” Kata Akmal sambil mengambil bantal di sisinya untuk dibaling.

“Nek, tengok abang ni,” Kata Lisa.

“Ish kamu berdua ni, tak malu kat Mira ke?” Kata nenek. Mira hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Teringat adik-adik yang selalu bergurau-senda.

“Wek, wek, tak kena. Buuuu....” Lisa pantas berlari menaiki anak tangga. Mira hanya melihat gelagat mereka. Lantas, dia dan nenek sama-sama ketawa.

“Mira, kamu jangan layan sangat perangai budak-budak ni. Hari-hari diorang memang macam ni. Dah naik pening dah nenek.” Nenek ketawa.

“Ala...Mira faham nek. Mira tak kisah pun.” Mira tersenyum.

“Ha Mira, nenek nak ke dapur sekejap. Kamu pun akmal, bawalah Mira berjalan-jalan kat luar tu. Naik bosan dah nenek tengok kamu asyik terperuk je dalam rumah. Kamu pun bukannya selalu balik ke rumah ni.”

“Luar tu hujan nek.”

“Dah berhenti dah.” Sampuk Mira.

“Kalau macam tu, baiklah. Jum Mira.” Pelawa Akmal.

“Nak pergi mana?”

“Kita jalan-jalan kat luar. Saja ambil angin.”

“Okey.” Mira mengangguk.

Mereka mengatur langkah menuju ke pintu masuk utama. Di luar rumah, kedinginan bayu terasa. Tambahan lagi, ujan baru berhenti. Mira memeluk tubuhnya.

“Eh Mira, tunggu sekejap.” Akmal bergegas berlari masu ke dalam rumah.

“Eh, awak nak ke mana pula?” Tanya Mira.

Mira merebahkan punggungnya di atas tangga. Dia menunggu kehadiran Akmal.

Tidak lama kemudian kelibat Akmal muncul sambil di tangannya terdapat satu sweater nipis dan dua biji buah epal.

Satu biji epal dihulurkan kepada Mira, sebiji lagi digigitnya di mulut. Akmal menyarugkan sweater nipis itu ke tubuh Mira.

“Ala awak ni. Macam duduk oversea pula.”

“Tak la, saya bukannya apa. Hujan rintik-rintik lagi tu. Nanti kena selesema baru tau.” Akmal tersenyum. “Jum duduk bawah pondok sana.”

Mira hanya mengagguk.

“Wah, cantik rumah awak ye.” Puji Mira.

“Tengok la, siapa yang tolong buat decoration.” Akmal tersengeh.

“Eleh, Perasan!” Mira membuat memek muka.

“Kadang-kadang saya pelik dengan awak ni.” Mira menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.

“Kenapa?” Tanya Akmal sambil menghabiskan sisa epal ditangannya.

Mira mengangkat bahu.

“Itulah awak, awak tak tahu. Sebenarnya yang pelik tulah yang bagus.” Balas Akmal.

“Ye ke? Boleh percaya ke?”

“Kenapa? Awak pelik saya bawa awak balik rumah saya?”

“Mungkin.”

“Apa yang nak dipelikkan?”

Mira terdiam seketika. “Yelah, kita baru kenal. Malah, kita hanya kawan biasa. Saya rasa terlalu awal untuk semua ni.”

“Awak satu-satunya kawan perempuan yang saya ada. Jadi tak salah kalau saya kenalkan awak dengan family saya. Kalau awak belasah saya, senanglah saya nak mengadu kat mama saya, lebih-lebih lagi kat nenek.”

Mira ketawa. Dia melabuhkan punggung di pangking bawah pondok. “Ooo.... Ini nak mengampu la ni.” Mira ketawa. “Pandai awak buat lawak ye.”

Akmal tersenyum. “Nanti senanglah saya nak pinang awak.” Akmal bergurau lagi.

“Amboi-amboi....Ini dah kes berat ni.” Mira pula bergurau.

Mereka sama-sama ketawa.

“Entahlah Mira, saya sendiri pun tak tahu. Tapikan, bila first time saya nampak awak, hati saya.....zup! macam tu.”

“Eleh, dengar boleh, percaya jangan.” Mira membuat memek muka.

“Naper? Tak percaya?”

Mira menggeleng kepala sambil mencebekkan mulut.

“Betul tak percaya? Ish, ish, ish...Rugilah awak kalau tak percaya.”

Mira hanya terdiam. Hatinya tenang berada di pondok ini.

“Apa yang saya cakap ni betul. Hati saya betul-betul tersentuh. Hati saya cakap, saya mesti kena kenal awak. Lagipun saya suka la cara awak.” Akmal tersenyum, cuba memasang umpan.

“Ikut kata hati, mati Encik Akmal oi.” Balas Mira sekaligus memusnahkan umpan Akmal.

“Oh, macam tu ke?”

Mira ketawa.

“Tapi tak salahkan kalau saya nak kenal awak lebih, lebih dan lebih lagi.”

Mira ketawa lagi. “Hello Encik Akmal, saya dengan awak baru je kenal tau. Lagipun kita tak tahu asal-usul dan perwatakan masing-masing. Awak ni buat saya rasa sebersalah. Kalau ikutkan, tak patut tau awak terlalu percayakan saya. Masih terlalu awal.”

Akmal tersenyum lagi. “Sebenarnya dah lama saya kenal awak Mira. Cuma mungkin awak tak perasan yang saya ni dah lama hadir dalam hidup awak. Selalu perhatikan awak. Saya tak salahkan awak kalau awak kata yang saya ni tak ramai kawan. Lebih-lebih lagi dengan kawan perempuan. Saya tak pandai la nak berjiwang-jiwang. Saya tak pandai nak guna ayat-ayat puitis. Nak pikat perempuan pun saya tak pandai. Tapi saya pandai main gitar tau! Dan handal main game!” Akmal sempat menunjukkan PS2 ditangannya.

“Kalau awak ada tip nak pikat perempuan, awak ajarlah saya.” Akmal mengenyitkan sebelah matanya.

Mira membuat memek muka. “Boleh tak kalau kita tukar tajuk lain? Bosan la cakap pasal hal ni.”

Dahi Akmal berkerut. “Sepatutnya saya yang sedih cakap pasal hal ni tau. Ini awak pula yang terasa, kenapa?” Akmal memandang Mira.

“Tak de apa.” Mira terdiam di situ.

Awak masih belum tahu kisah hidup saya.

Mira hanya memandang Akmal. Akmal masih leka dengan buah epal dan PS2 ditangan. Hatinya mula sedikit terusik.

Kedengaran suara nenek menjerit memanggil mereka untuk makan tengahari.

Mira dan Akmal bergegas masuk ke daam rumah apabila hujan mula turun lebat membasahi bumi. Kata-kata Akmal tadi sedikit sebanyak telah menambahkan minat Mira terhadap pemuda ini. Segala ciri lelaki idamannya terdapat pada Akmal. Namun, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyintai lelaki ini kerana harta dan rupa parasnya. Baginya hati dan budi pekerti itu amat penting untuk mentafsirkan perlakuan dan perwatakan seseorang.

---

No comments:

Post a Comment