Monday, May 10, 2010

...PaRt 4...

Mira tersentak. Cerita khayalan yang bermain di dalam diri, tiba-tiba lenyap. Dia menggonyoh-goyohkan matanya. Kedengaran seorang wanita sedang mengomel. Tapi, apa yang menghairankan dirinya, kenapa pula wanita ini yang muncul?

Gegendang telinganya seolah diketuk bertali-talu dengan nada suara yang agak kuat. Apa yang didengarinya hanyalah “Mira, oh Mira bangunlah! Hei, bangunlah!.”

Apabila nada suara itu berkumandang, pasti badannya akan bergoyang-goyang seperti kapal yag berada di gelombang lautan. Dia masih lagi terfikir-fikir, apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata itu.

Matanya masih tertutup rapat di kelopaknya. Hatinya tegas mengatakan yang dirinya amat mengenali suara itu. Namun, dia masih ragu-ragu. Dengan itu dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan suara itu.

“Aduh, suara siapa memekak pagi-pagi buta ni. Mengacau betullah! Orang tengah sedap-sedap nak tidur ni. Mengacau jer.” Kata Mira selamba.

Cis!Dia boleh tak layannya panggilan aku!

“Kau kata apa Mira?! Kurang jelas. Tolong ulang balik. Kau cakap apa?! Cakap apa?! Ha?! Ha?! Ha?! Kau cakap apa?!”Balas Mastura sambil menola-nolak badan Mira sekuat hatinya.

Alamak! Mastura kejutkan aku!

Mira pantas bangun sambil membuka mata seluas-luasnya. Kelihatan Mastura sedang mencekak pinggang.

Mira tersenyum bodoh melihat Mastura. Mira baru sedar yang rupa-rupanya dia tertidur di sofa dalam bilik. Dengan pantas dia mencapai tuala di rak. Mira berjalan lambat menuju ke pintu bilik air.

“Kau nak ke mana pulak tu? Itu bukan pintu bilik air. Pintu bilik air sebelah sana cik kak oi,” Kata Mastura.

“Apa lagi kau ni Tora?” Tanya Mira. “Aku tau la.”

“Tau la, tau la. Tapi buka pintunya salah juga.” Sindir Mastura.

“Ye, aku tau Tora. Aku cakap aku tau, aku taulah.”

“Eh kau jangan panggil aku dengan nama tu boleh tak? Nanti berjangkit! Habis semua orang panggil aku nama tu! Tak suka, benci tau!” Balas Mastura.

Begitulah tabiat Mira. Dia selalu menyakat Mastura dengan panggilan ‘tora’ sejenis nama mainan kanak-kanak.

Mira tersenyum. “Kau bukannya sepupu sepapat dengan dendang ke? Sebab tu aku panggil kau Tora.” Usik Mira lagi.

“Mira!!!!!...”Jerit Mastura.

“Selamatkan diri...” Mira terus berlari masuk ke dalam bilik air.

Hujan masih turun tidak berhenti sejak malam tadi. Musim hujan dan suasana yang sejuk ini sungguh seronok sekiranya dapat tidur dan relexkan diri. Mira menyarung sweater ke tubuh.

“Kakak sedara kau mana?” Tanya Mira.

“Awal pagi lagi dah keluar la.” jawab Mastura. “Cuma kau je yang tak reti-reti nak bangun.”

Mira menarik muka. Mastura hanya tersengeh.

Mira dan Mastura menuju ke perpustakaan negara seperti yang dijanjikan. Awal pagi setiap hari isnin hinga jumaat train memang padat, macam duduk dalam tin sardin! Itu sudah menjadi fenomena biasa yang perlu ditempuh warga kota yang menggunakan pengangkutan awam.

Sampai sahaja di Perpustakaan, berbagai ragam manusia dapat dilihat. Antaranya ada yang sibuk meneliti dan memahami buku-buku yang tebal, ada yang sibuk mencari buku, ada yang menongkatkan dagu, ada yang duduk bersila di atas kerusi dan bermacam-macam ragam lagi. Mejoriti dapat dilihat di sini adalah golongan pelajar.

“Hei,Mira. Macam mana nak cari ni? Bukannya kau tak tau. Library dah la luas. Semua buku tebal-tebal. Hai, pening kepala aku! Aku kalau waktu sekolah dulu, nak buat nota yang paling aku malas. Rasa lemah satu badan kau tau tak? Kalau kau mintak mamat gatal yang selalu usik kau tu tolong buatkan bukan ke senang kerja kau. Mesti diorang nak punya. Tambah pula dapat perempuan cun macam kau yang minta tolong. Mesti dia tolong punyalah! Amacam cantik tak idea aku?” Kata Mastura.

Mira teringat akan lelaki yang dimaksudkan Mastura. Lelaki itu selalu menganggunya.

“Idea kau tu tak boleh pakai. Aku ni perempuan, bukannya jantan. Malulah! Nanti berjangkit melarat sampai ke mana-mana mengikut aku, baru tau.” Balas Mira. “Kalau nak mintak tolong pun kena pilih orang juga. Jangan main serbu je Cik Mastura oi.”

“Ye tak ye juga. Betul juga cakap kau tu. Kenapa la aku tak terfikir.” Mastura mengeluh. “Masalah kau ni kau settlelah sendiri ye. Aku manalah tahu pasal essiment-essaiment kau ni. Tambahan lagi coursework merepek kau tu. Hai, tak faham aku! Aku pergi rak sebelah sekejap.”

“Alah kau ni Mas, tolong la aku cari. Kita carilah dulu. Semalamkan aku dah bagitahu kau list nama buku yang aku nak. Jangan la cepat mengalah. Kau ingat larat ke aku nak cari sorang-sorang ni? Kau cubalah tolong aku dulu. Try and try and try la.” Mira ketawa melihat Mastura.

“Banyak la kau punya try and try and try.” Mastura mencebekkan mulut. Lantas dia berlalu ke rak sebelah.

“Ala tolong la aku Mas. Please....”

Mastura menyandarkan badannya ke rak. Satu keluhan keluar dari mulutnya. “Hai, susah betul cakap dengan ini perempuan.” Lantas dia menggeling-gelingkan kepalanya.

Mereka meneruskan tugas mencari buku. Suasana membisu seketika. Tiba-tiba seorang pemuda berdiri dihadapan Mira. Mira mendongakkan sedikit kepalanya lantas menujukan matanya ke arah pemuda itu. Mira tergamam seketika. Pemuda itu melemparkan senyuman manisnya.

Eh mamat ni gila ke mamai ke? Tersengeh sorang-sorang. Macam kerang busuk! Dah kena sampuk agaknya.

Mira membuat muka selambanya dan terus membelek helaian buku ditangannya. Pemuda itu mencapai satu buku dirak lantas menyelak helaiannya apabila senyumannya tidak mendapat sambutan baik daripada Mira.

Cis! Dibakul sampahnya senyuman aku.

Mereka meneruskan tugas mereka tanpa menghiraukan antara satu sama lain.

“Eh Mira, kau dah jumpa ke?” Kedengaran suara Mastura mula memecahkan kesunyian library.

Fuh semangat! Terkejut aku! Kuatnya suara tora ni.

“Eh Mira, kalau dah tak jumpa, jum la balik. Dah berjam-jam mencari ni, tak jugak dapat. Malah nak jumpa. Perut aku dah menyanyi dah ni. Lagu apa kau nak? Westlife, Britneys Spears, semuanya ada,” Ngomel Mastura.

Mira di rak sebelah hanya mendiamkan diri.

“Eh Mira, kau tak faham ke yang aku dah lapar dah ni. Kaki pun dah lengoh. Kau tak kasihankan aku ke Mira? Dah la pagi tadi bangun lambat. Semuanya kau punya pasal. Kalau tidak bolehlah aku belahap kat kedai Mak Limah tu sekejap.” Rungut Mastura di rak sebelah.

Ish minah ni, kuatnya bercakap! Kalau macam ni, orang pekak tuli pun boleh dengar. Orang yang sakit jantung pun boleh mati dibuatnya. Apa yang dingomelkannya tak taulah. Kuat betul beleter!

Mira pantas menyusun langkah mahu menuju ke rak sebelah. Namun, pemuda itu telah menghalang laluannya. Lantas Mira mematikan langkahnya. Dia kuatir pemuda itu akan mengetahui namanya. Pemuda itu selalu mengekorinya. Mira Rimas!

Suasana library yang sunyi itu amat jelas kedengaran suara Mastura. Seorang wanita yang berada di meja berhampiran membuat tanda isyarat kepada Mastura. Semua mata memandang ke arahnya.

Mastura tercengang. Dia memandang sekeliling melihat semua orang memandang ke arahnya. Dengan selamba dia berkata “Okey, sorry. Sorry...” Mastura tersengeh, malu.

“Mira,oh Mira. Kau kat mana ni?!” Tanya Mastura dengan nada geram, marah.

“Mira, oh Mira.” Ulangnya lagi. Namun tiada satu suara pun bersahut.

“Eh Mira, kau cabut tinggal aku sorang-sorang ke? Eh, kau jangan Mira. Kau tak kasihankan aku ke?”Mastura terus memanggil-manggil lagi nama Mira.

Pekak ke tuli ke Minah ni.

Kesian pula kat Tora. Dah jauh dia berjalan tu. Entah rak ke berapa tak tahulah.

Baru sahaja Mira mahu menyusun langkah menuju ke arah Mastura, Mastura telah mendahaluinya. Dia menepuk bahu Mira dan matanya memandang ke arah pemuda yang berdiri dihadapan Mira. Mulut Mastura ternganga dan dia tercengang melihat pemuda itu.

“Wah...Handsomenya dia.”

“Syupppp!” Mira mencubit bahu Mastura.

“Ha....you name Mira right.” Tanya pemuda itu.

Mira tercengang. Kantoi aku!

“Eh Mira, mamat versi mat salleh ni penyibuklahkan? Tiba-tiba je tanya nama orang. Ada nama, tanyalah sendiri punya nama. Ini tidak, buat susah-susah je tanya orang punya nama. Kenapa? Nama saya awak tak nak tanya ke?Mastura tersenyum.

“Mas…Kau tanya apa tu?” Mira mula bersuara.

Mastura ketawa. “Dah jum la kita balik. Hehek...babai...babai...”Kata Mastura menyampuk.

Pemuda itu tersenyum. Dia tahan gelak.

Kelakar juga minah dua ekor ni.

“Ayat apa kau pakai ni Tora?” Tanya Mira. “Hish! Buat malu je.”

“Eh, mahu tanya lagi ke? Sendiri punya ayat la. Tak ada ciplak kat mana-mana tau. Ini original punya.” Mastura ketawa lagi.

Dahi Mira berkerut.

“Tapi kalau kau nak tahu lebih lanjut, inilah dinamakan ayat mengorat.” Perlahan nada suara Mastura.

Mira membuat muka.

Tangan Mastura di letakkan di atas bahu Mira. Mereka mula menyusun langkah. Baru beberapa tapak melangkah, tiba-tiba pemuda itu bersuara.

“Eh, nantilah dulu. Sabar la...Saya ada hal nak cakap ni.”

Mira dan Mastura sama-sama menoleh.

“Jum berkenalan. Nama saya Roy” Kata pemuda itu. “Nama awak Mira kan? Awak pulak?”

Mastura hanya terdiam.

“Mas, kau jangan la lebih-lebih. Kita tak tahu dia ni sapa tau.” Perlahan nada suara Mira.

“Ala, kita relex sudah. Kita jangan sombong sangat, nanti diorang buat macam-macam pula.”

“Cuba kau tengok tu. Anak itik sesat mana pulak dekat belakang dia tu.” Kata Mira.

“Ha? Anak itik? Apa kau cakap ni?” Mastura pura-pura tak faham.

Roy berjalan menuju ke arah rakan-rakannya.

“Maksud aku, kawan-kawan dia tu la. Tiba-tiba sesat ada dekat situ. Datang dari mana? Jatuh dari langit ke?”

“Ala relex. Kita buat bodoh je. Cool sudah.” Balas Mastura.

“Banyak la kau punya relex. Entah-entah mamat motor ke, kaki botol ke, hidu gam ke, mana tau.”

“Kau ni, cakap macam tu menakutkan aku pula.”

Mira dan Mastura terdiam apabila Roy kembali menghampiri mereka.

“Eh, kenapa tadi awak panggil saya mat salleh, ha? Saya bukannya mat salleh la. Kitakan sama-sama orang melayu. Kenalah berbudi bahasa sikit. Awak berdua orang melayu dan saya pun orang melayu. Sama-sama orang Malaysia pula tu. So, we are Malaysian,”Kata pemuda itu buat lawak bodoh.

Rakan-rakannya dibelakang ketawa mengekeh-ngekeh.

“Ini taklimat apa pula ni? Taklimat saya bangga jadi anak Malaysia ke ataupun taklimat kewarganegaraan. Hello, merdeka baru habis,” Kata Mira. Kini tiba gilirannya pula untuk mengajar anak-anak itik itu.

“Relex, relex. Belum habis lagi,” Kata pemuda itu lagi. “Kalau awak panggil saya mat salleh, so awak berdua ni minah salleh la ye?” Tanya pemuda itu lagi.

Kawan dibelakangnya menyampuk. “Minah salleh celup!”

Kawannya seorang lagi pula menyampuk, “Sudah! Tak payah berangan nak jadi orang putih. Tengok kulit pun sudah tahu.”

Lantas mereka ketawa terbahak-bahak.

“Ini sudah menimbulkan marah!”Kata Mastura.

Dalam kekecohan itu, tiba-tiba satu suara muncul dari arah belakang.

“Apa bising-bising ni? Tolong hormat la sikit, ni library bukannya pasar jual ikan.”

Mira dan Mastura menoleh.

“Dah apa lagi geng, cabut la. Cabut!!!”

Sekumpuan budak samseng itu lari bertempiaran keluar dari perpustakaan.

Mira hanya memandang wajah pemuda dihadapannya.

“Eh Encik, terima kasih la banyak-banyak. Kalau encik tak ada, tak tahulah saya apa yang akan jadi tadi?” Kata Mastura.

Mira hanya diam melihat Mastura berborak dengan pemuda itu.

“Budak-budak tu memang macam tu. Minggu lepas pun dia buat hal juga. Sampaikan saya panggil polis, baru diorang takut. Kalau tak, diorang ni tak serik.

Mira mengelamun. Ai mak, handsomenyalah mamat ni. Cantiknya mata dia. Aduh! Dia ketawa pulak. Bertambah handsome. Oh! Dia tersenyum pulak. Nampak gigi lapis. Adui hai, tergoda aku!

Mira bertambah asyik memandang wajah pemuda dihadapanya. Tiada jemu. Mata pemuda itu seolah-olah tertutup rapat apabila tersenyum. Setiap hujung minggu, apabila Mira ke sini, pasti Mira akan bertemu dengan dia.

“Encik ni kerja dekat sini ke?” Tanya Mastura.

Pemuda itu tersenyum. “Ish, tak adalah. Kebetulan saya cuti hari ni. Tak ada kerja kat rumah, saya datang la sini.”

“Oh, macam tu. Tak apalah encik, kami minta diri dulu. Terima kasih banyak-banyak ye. Assalamualaikum.” Kata Mastura.

Pemuda itu mengangguk. “Waalaikumsalam.”

Pemuda itu terus berlalu dari situ. Mira dan Mastura sama-sama menyusun langkah. Mira sempat lagi menoleh ke belakang memandang pemuda itu.

“Oit, kau tengok apa tu,” Tanya Mastura.

“Ha?! Emmm...tak ada apa-apa.” Mira tersengeh.

“Eh, penyakit gatal aku dah berjangkit kat kau ke?”

“Ish, apa kau merepek ni. Dah, jum balik.” Mira dan Mastura berjalan seiringan keluar daripada perut Perpustakaan Negara.

Apabila mereka sampai sahaja di pintu keluar, kelihatan anak-anak itik itu sedang melepak di parking motor berdekatan.

“Eh Mira, kau nampak tak apa yang aku nampak?” Tanya Mastura.

Mira masih lagi mengelamun. Fikirannya hanya memikirkan pemuda itu. Tidak hairanlah dia digilai dan disukai wanita tempat dia belajar. Dia berdarah kacukan. Mungkin sebab itulah dia kelihatan begitu tampan dimata Mira. Bapanya orang melayu Malaysia manakala ibunya seorang wanita mualaf berasal daripada Australia. Sebenarnya Mira sudah lama mengenali pemuda itu. Namanya Akmal. Dialah jejaka misteri yang selalu dgambarkan oleh Mira.

“Eh Mira, kau dengar tak apa aku cakap ni.” Tanya Mastura.

Akmal memang seorang lelaki yang kacak. Walaupun berkaca mata, namun matanya masih dapat dilihat. Meskipun kadang-kala cahaya silauan menghalanginya. Cantik, matanya sungguh cantik.

“Oi Mira! Kau dengar tak apa aku cakap ni?” Satu tamparan lekat dibelakang Mira.

“Aduh! Apa kau ni Tora?”

“Kau tu mengelamun! Berangan!” Tengking Mastura.

“Mana ada.” Jawab Mira sambil menggosok-gosok belakangnya.

“Aku tanya kau ni. Kau nampak tak apa yang aku nampak tu?”

“Apa dia?”

“Tu, anak-anak itik tu la.”

“Alah, biaralah dia. Asalkan dia tak ganggu hidup kita lagi sudah.”

“Cis! Masalahnya diorang tu tak guna. Dia mengata dan mengejek kita! Kau tak ingat ke tadi? Apa kata, jum kita belasah anak-anak itik tu nak?” Ajak Mastura.

“Ish, kau ni Mas. Jangan cari penyakit. Yang kau nak pergi jolok sarang tebuan tu kenapa? Dah tak ada kerja sangat dah?”

“Woi! Kau ni mengelamun lagi ke?! Aku bukannya ajak kau jolok sarang tebuan. Aku ajak kau belasah anak-anak itik tu.”

Aduh, susah betul cakap dengan minah ni. “Cik Mastura, dah la tu. Lain tahunlah kita belasah dia. Jum balik,”Pujuk Mira.

“Kau tu tak pelah kulit cerah la juga. Aku ni kulit ala-ala mamak, hitam manis pulak tu. Mestilah aku terasa. Sah-sah diorang tu cakap setepek kena batang hidung aku, kau tau! Sedih aku diorang cakap macam tu.” Kata Mastura.

“Kau memang dah macam tu, nak buat macam mana. Betul la apa yang diorang cakap tu,”

“Kau cakap apa Mira, aku kurang dengar. Ulang balik.”

Mira hanya terdiam. Tiada reaksi.

“Hish! Tak boleh aku. Menyirap darah aku ni. Hilang sabar aku macam ni! Eee....sakitnya hati!,”Kata Mastura yang sudah pun melipat lengan bajunya.

“Sudah, sabar jelah.”Pujuk Mira. “Orang gila macam tu tak boleh dilayan.”

“Inilah masanya untuk menunjukkan kehebatan tekwando kita.”Mastura mula belagak. Sememangnya tidak dapat dinafikan yang mereka berdua memang memiliki tali pinggang hitam dalam tekwando. Malah sudah banyak kali mereka menjuarai pelbagai pertandingan.

“Sudahlah. Jangan kau nak belagak pula. Dah! Jum balik!.” Tegas Mira. Dia terus menarik tangan Mastura lantas mereka berlalu dari situ.

No comments:

Post a Comment