Monday, May 10, 2010

...PaRt 5...

Mira memandang wajah wanita dihadapannya. Lantas, dia tersenyum. Dirasakan begitu pantas berlalu. Dalam waktu yang dirasakan singkat, kini rakan baiknya akan melangkah menuju dunia baru. Tiada ungkapan lagi yang layak diungkapkan melainkan kesyukuran ke hadrat Ilahi disamping kegembiraan.

“Kenapa kau tengok aku macam tu Mira? Aku cantik sangat heh?” Mastura ketawa.

“Ye...Kau memang cantik pun Tora,” Mira tersenyum.

“Kau nikan, aku dah nak jadi isteri orang pun kau masih nak gurau-gurau dengan aku ye,” Balas mastura.

“Nanti mesti aku rindukan kau.” Mira tersenyum lagi.

“Ala apa yang kau cakap ni?”

“Eh, salah ke aku cakap macam tu? Ala aku tau nanti kita tetap boleh jumpa lagi. Kita kan satu kampung.”

“Aku ada satu hal penting nak bagi tau kau. Aku harap kau tak terasa hati.” Mastura menundukkan wajahnya.

“Kau ni kan bercakap macam lepas ni tak duduk Malaysia dah. Jangan risau la, nanti kau tu kalau rindukan masakan asam pedas aku, aku yakin kau balik menghadap aku ni jugak.” Mira ketawa.

Mastura terdiam. Dia tersenyum tawar.

“Mira, aku nak bagitau kau ni.”

“la...bagitau jelah. Apa pulak ni? Nampak kau macam sedih je. Hari ni kau kawin tau, kenalah happy.” Mira tersenyum lagi.

“Mira, suami aku tu kena tukar mengajar di Sabah. Kawasan pedalaman. Mungkin kita dah susah nak contact lagi. Tambahan family aku pun akan berhijrah ke Kota Kinabalu, tinggal di rumah peninggalan datuk aku. Sebab tulah aku cakap yang aku mungkin akan susah nak jumpa kau lagi.”

Mira tersentak. Hatinya mula tersentuh.

“Mira, aku tau kau mungkin susah untuk terima, tapi aku tak ada pilihan. Kalau ikutkan hati aku, aku tak nak tinggalkan kampung ni. Tapi aku tak ada pilihan”

Suasana membisu seketika.

“Aku faham, tak payah la kau risaukan aku, okey. Pandailah aku nak jaga diri bila kau tak ada nanti. Dah la, tak payah la sedih-sedih. Nanti kita boleh tulis surat. Tak payah risaulah ye? Hari ni hari bahagia kau, senyumlah.” Balas Mira.

“Aku yang tak nak kau sedih Mira. Aku tak nak kau sedih-sedih lagi memikirkan pasal Hakimi. Aku tau dalam kau senyum-senyum, kau happy-happy tapi aku dapat rasakan yang hati kau benar-benar terluka. Kau boleh tipu orang lain, tapi bukan aku, Mira.” Mastura mengesat matanya yang berlinangan.

Air mata Mira mula mengalir.

“Aku yakin, Allah sudah tetapkan seseorang yang lebih baik buat kau. Percayalah cakap aku ye.” Kata Mastura lagi. “Aku nak sangat tengok kau gembira Mira. Aku nak kau buktikan pada aku yang kau boleh bahagia... Nanti aku balik, aku nak dengar semua cerita gembira tentang hidup kau.”

Mira hanya terdiam sambil air matanya mengalir.

Mastura tidak sanggup melihat Mira. Lantas dia memeluk tubuh sahabat baiknya itu. “Aku pasti akan rindukan kau. Kaulah satu-satunya kawan baik yang aku ada.”

“Aku akan rindukan kau juga Tora. Kau kena ingat, kau dah jadi isteri orang. Lakukan yang terbaik untuk keluarga kau. Aku akan selalu doakan kebahagiaan kau.”

Mira tersentak. Dengan pantas dia mengesat air matanya. Dia melihat poskad ditangan.

‘Mira, aku dah dapat baby boy. Kau kalau kawin jangan lupa bagitau aku. –Sahabatmu, Mastura-‘

Mira tersenyum. “Alhamdulillah...”

Dia merasakan seolah-olah baru semalam Mastura berkahwin, walaupun hakikat sebenarnya sudah hampir setahun. Kenangannya bersama Mastura masih terkenang-kenang di ingatannya.


---

No comments:

Post a Comment