Monday, May 10, 2010

...PaRt 7...

Pintu gerbang Universiti Malaya terbuka luas seolah-olah mengalukan kedatangan Mira. Mira menyusuri jalanan yang mana akan membawanya ke library. Tanpa disedari dalam perjalanan dia berlanggar dengan seorang pemuda menyebabkan kesemua buku ditangannya jatuh bertaburan ke lantai. Mira hanya melihat buku-buku yang bertaburan itu tanpa menghiraukan pemuda yang dilanggarnya.

"Sapa pulak yang aku langgar ni. Bab kata nak mengutip balik yang aku malas ni. Ha, itulah berangan lagi. Sekarang ambik nak! Padan dengan muka aku." kata Mira

mengomel sorang-sorang sambil mengutip buku-buku yang bertaburan.

"Apa? Awak cakap saya padan muka?" tanya pemuda itu.

"Taklah, bukannya saya cakap kat awak pun. Saya cakap kat diri saya ni. Kenapa tiba-tiba awak nak terasa pulak. Sorry la tak sengaja langgar awak tadi," balas Mira.

Dahi pemuda itu berkerut. Pelik.

"Boleh tolong?" pelawa pemuda itu.

"Boleh jugak" jawab Mira ringkas.

Pelik betul mamat ni. Nak tolong orang pun kena mintak permit jugak ke? Bukan ke tolong tu ikhlas kehendak hati ke? Hai, pening mamat ni, pening...

Mira tidak memandang wajah pemuda itu. Dia sendiri tidak mahu tahu siapa pemuda yang dilanggarnya. Namun hatinya masih bertanya siapa dan manusia mana? Sifat egonya kuat menghalang.

Ah, buat bodoh je lah. Buat la lambat-lambat sikit kutip. Biar dia kutip semua. Padan dengan muka dia! Mira tersenyum nakal.

Pemuda itu membantu Mira mengutip buku sampaikan terbongkok-bongkok badannya.

Kesian pulak aku tengok mamat ni. Tolong kutip la. Nanti lambat pulak aku balik. Tapi mamat ni siapa?

Mira menoleh kearah pemuda di depannya. Dia terkejut. Pemuda itu hanya memandangnya sambil tersenyum.

"Eh, awak Akmal?" tanya Mira spontan.

"Eh, macam mana awak tau nama saya?" tanya Akmal, sengaja mahu memerangkap. Lantas dia mengangkat sebelah keningnya.

Mira hanya terdiam. Cis! Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tau. Bagi penumbuk sebiji baru tau.

"Okeylah saya mintak diri dulu. Assalamualaikum." kata Mira. Dia terus bangun lantas menyusun langkah untuk berlalu pergi.

"Waalaikumsalam. Eh, awak sekejap!" jerit Akmal. Dia terus bangun dan pergi mendapatkan Mira.

Mira mematikan langkahnya. Akmal membetulkan posisi topi di atas kepalanya. Buble gam didalam mulut dikunyah-kunyahnya.

“Apa lagi awak ni?” tanya Mira. Satu keluhan keluar daripada mulutnya.

“Awak marahkan saya ke? Sebab saya ganggu awak pagi tadi.” tanya Akmal.

“Taklah. Ala.. Just lupakan jelah,”

“Betul awak tak marah?”

Dahi Mira berkerut.

“Kalau macam tu, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan , boleh la saya ganggu awak lagi kan?” kata Akmal sambil tersenyum. Sengaja dia mengusik.

“Ini sudah menimbulkan marah. Eh, tolong sikit, jangan nak mengada-ngada ye. Kalau rasa-rasa nak makan penyepak buat la,” balas Mira.

Akmal ketawa.

“Wow! Ganasnya. Sepak pun tak sampai, berangan nak sepak orang,” perli Akmal. Lantas dia ketawa lagi.

“Ini sudah menimbulkan berjuta-juta kali marah,” balas Mira sambil mencekak pinggangnya.

“Okey, okey. Relex, relex. Sebelum kena belasah dengan awak, lebih baik gua cau dulu. Okeylah, Cau dulu la. Jumpa lagi. Tata, titi, tutu...Assalamualaikum,”Akmal mengangkat sebelah tangannya.

Tahu pun takut dengan aku. “Ha,waalaikumsalam.” jawab Mira. Lantas dia menyusun langkah berlalu pergi.

Eh, ke mana pulak buku aku yang banyak-banyak tadi? Pada Akmal!

"Eh awak!" panggil Mira. Akmal menoleh.

Akmal menganggukkan kepalanya sekali bermaksud menanyakan ‘kenapa’ kepada Mira.

“Buku saya.” balas Mira.

Akmal mengetuk kepalanya sekali. Dia terlupa. Dia menuju ke arah Mira.

“Ingatkan dah tak nak tadi. Boleh la saya pergi jual kat tempat paper lama,” gurau Akmal lagi.

“Loyer buruk betul la mamat ni,” balas Mira.

“Ha, kan saya dah cakap tadi, kita akan jumpa juga. Sekejap je, tengok jumpa balik. Ada jodoh ni.” kata Akmal, mengusik lagi.

Mira menjulingkan matanya. Akmal menghulurkan buku itu kepada Mira.

Mira terkejut apabila melihat tapak tangan Akmal berdarah.

“Eh, kenapa dengan tangan awak ni?” tanya Mira.

“Apa lagi, awak punya pasal la,” jawab Akmal.

Mira pelik.

“Masa awak langgar saya tadi, buku yang kulit tebal tu terguris tangan saya,”

Mira mula gelabah. Akmal hanya melihat reaksi Mira.

Alang-alang dia dah tanya, lebih baik aku kacau dia. Desis hati Akmal, nakal.

“Eh, awak ni biar betul sikit.”

“La, betul la. Takkan saya nak tipu pulak. Buat salah tak nak ngaku. Gitu?”

“Okey, kalau macam tu. Fine! Saya salah,” kata Mira sambil menjengketkan kakinya, agar ketinggiannya sama paras dengan ketinggian Akmal. "Err...err...saya,

saya...sebenarnya...Ha! Saya nak minta maaf. Saya...Saya betul-betul minta maaf. Okey, puas hati?” kata Mira tegas.

Akmal merenung wajah Mira. Mira malu lantas diturunkan kaki yang dijengketnya tadi. Dia menundukkan mukanya. Mukanya merah padam menahan malu.

"Okey fine, saya maafkan." balas Akmal.

"Tapi, err...awak tak apa-apakan?" tanya Mira. Dia mula risau.

Akmal tersenyum. "I okey la, sikit je ni" kata Akmal.

Kemudian menunjukkan tangannya kepada Mira. Kelihatan tangannya berlumuran darah. Namun, lukanya tidak seberapa. Mungkin betul kata Akmal. Luka itu berpunca daripada penghujung kulit buku yang keras dan tajam itu telah mengguris tangannya menyebabkan tangannya luka.

Mira tersenyum bodoh. Matilah aku, habislah aku.

Melihat Mira yang ketakutan, Akmal mula mengatur stategi.

"Awak boleh cakap saya tak apa-apa Mira? Saya cedera parah tau," kata Akmal dengan muka yang serious, sengaja mahu mengusik Mira. Mira yang mudah gelabah, terkejut dengan kata-kata Akmal.

Eh, kenapa tiba-tiba agresif pulak mamat ni.

"Sebagai balasan saya tak kira. Awak kena temankan saya pergi klinik sekarang juga," Akmal menunjuk-nunjukkan tangannya yang berdarah itu kepada Mira. Mira bengang.

"Alah hai, luka sikit je tu. Kalau luka macam tu tak pergi klinik pun tak pe.” kata Mira. “Nanti saya ambikkan first aid. Biar saya balutkan."

Dia yang tau serba sedikit asas perubatan menawarkan perkhidmatannya.

"Eh, mana boleh. Mana tau kalau-kalau terkena kuman ke," kata Akmal membantah. Dia tersenyum melihat Mira yang ketakutan. Sengaja dia berkata begitu, mahu mengumpan.

Mira membuat memek mukanya.

"Eh dia ni mengada-ngadalah pulak. Menyesal pula aku tanya. Mentang-mentang anak orang kaya luka sikit pun nak pergi klinik. Manja betul! Ambik pisau kerat lagi baru tau. Puas hati!" kata Mira perlahan sambil menyusun buku-buku yang berada ditangannya.

Akmal ketawa. "Eh, awak cakap apa tadi?" tanya Akmal.

Alamak dia dengar ke?

"Ha? Eh! Errr...tak ada apa-apalah," balas Mira sambil menggeling-gelengkan kepalanya. Dia terus berlalu dari situ.

“Eh Mira janganlah marah. Saya bergurau je tadi,” pujuk Akmal. “Sorry lah,”

Mira tidak menghiraukan Akmal. Malas dilayan. Kalau semakin dilayan semakin menjadi-jadi. Mira terus berjalan. Sekali pun dia tidak menoleh.

"Eh saudari. Oh...Cik Mira oi. Buku awak ni awak tak nak ke?" tanya Akmal.

"Ha?" Mira mula menoleh.

"Buku."

Mira membuat senyuman bodohnya, lantas dia mematahkan langkah menuju ke arah Akmal.

"Oh! Buku saya ke? Err...Letak je la buku tu atas buku ni."

"Are you sure?" tanya Akmal. Mira hanya mengangguk. Lantas Akmal terus meletakkan buku itu di atas tangan Mira.

"Opps!" kata Mira. Dia tersenyum bodoh lagi apabila melihat buku yang kembali bertaburan ke lantai.

Gayanya cukup jelas kelihatan yang dia tak mampu lagi membawa buku seberat itu. Mira letih, kerana terpaksa mengusung buku yang berat itu dari dalam train awal pagi tadi lagi.

Akmal tersenyum. "Tak pe, biar saya tolong," kata Akmal.

"Err..tapi sebelum tu, mari la saya balutkan tangan awak tu. Darah awak dah mula menitik tu. Nanti terkena kuman sungguh-sungguh, matilah saya nak kena bayar kos perubatan," kata Mira bergurau. Akmal ketawa.

Mira terus meletakkan beg sisinya di atas lantai, lantas mencapai sapu tangan di dalam kocek seluarnya.

“Eh, ni sapu tangan awak ke?” Tanya Akmal.

“Yelah, kenapa?” Tanya Mira pula.

“Ish! Tak naklah saya. Entah-entah ada hingus.” Akmal tersenyum lagi.

Mira membesarkan biji matanya tanda marah. “Dia ni kan... Tak nak, sudah!” Mira kembali menggalas beg sisinya.

Akmal ketawa. “Eh Mira, janganlah marah. Cepat la balutkan. Sakit ni.” Pinta Akmal, manja.

“Ha, tau pun. Main-main lagi.”

Mira terus membalut tangan Akmal. Akmal hanya mendiamkan diri sambil tekun melihat Mira membalut luka ditangannya. Akmal tenung wajah gadis di hadapannya itu sepuas-puasnya. Hatinya tenang melihat wajah itu. Cantik. Wajahnya cantik dibaluti tudung yang kemas dan rapi. Wajahnya yang neutral tanpa mekap menambahkan keayuannya.

"Siap!” kata Mira.

“Terima kasih.” balas Akmal sambil tersenyum.

“Awak jangan risau la, sapu tangan tu bersih. Saya tak guna pun lagi tau! Baru beli semalam” jelas Mira.

“Ala Mira... jangan la ambil seriouse. Saya gurau je tadi. Awak tak marahkan?” tanya Akmal.

Mira membuat memek muka. “Emm... Tak perlah saya dah lambat dah ni. Saya kena pergi sekarang. Nanti apa-apa pun kita jumpa and than after that saya promise saya temankan awak pergi klinik, okey." balas Mira.

Akmal menolehkan mukanya ke belakang. “Yes!”

“Eh, awak buat apa tadi?” Tanya Mira.

Emm ??? Errr... Tak ada apa-apa.”

Mira pelik.

"Eh wait a minute," pinta Akmal.

"Errr...awak ni tak nak bagitau saya nama awak ke? Saya rasa tak sedap la macam ni. Asyik menyebut awak, saya, awak, saya. Tak ada ayat lain ke? Setahu saya pun, nama awak cuma Mira. Awak tak ada nama panjang ke?" tanya Akmal. Menukar tajuk.

"Tak taulah." balas Mira sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya. Mira tersenyum nakal.

Ada hati nak mengayat aku la tu.

Akmal membuat mulut sengetnya. Lantas dia mematikan langkah.

“Okey, senang macam ni lah. Susah, susah sangat biar lah saya mengalah. Orang kata lelaki kena mengalah dengan perempuankan?" tanya Akmal. Mira hanya mengangguk sambil membuatkan memek mukanya.

"Hai, saya tak malu ni. Nak perkenalkan diri ni." kata Akmal sambil melambai-lambaikan tangannya. Mira ketawa.

"Entah apa-apa entah. Awak ni kelakar la.” balas Mira dengan ketawa yang masih bersisa. “Jangan buat lawak boleh tak. Seriouselah sikit."

"Okeylah, okey, okey. Seriouse, serious," kata Akmal. "Hai, saya Akmal. Mohd Daniel Akmal Bin Dato' Syukri. Awak boleh panggil saya dengan panggilan mesra Akmal. Just Akmal, okey? Nice to meet you, Mira." Akmal tersenyum sambil memandang tepat ke wajah Mira.

"Oh ho, nama Akmal ye? Panggil Akmal la ni." balas Mira sambil mengangkat sebelah keningnya. "Hai, saya Mira. Nor Amira Izati bt.Mohd Razlan. Awak boleh panggil saya Mira, just Mira okey? Ada faham?" Mira mulai mesra. Akmal hanya melihat, lantas dia tersenyum lagi.

"Okeylah, jum la kita pergi." kata Mira lantas dia terus menyusun langkah. Akmal hanya berdiri kaku. Matanya masih lagi memandang gadis dihadapannya. Tiada jemu.

Mira pelik. Mamat ni kenapa? Dah sewel ke? Lantas dia mematahkan langkahnya. Dahinya berkerut.

"Hel..lo......" kata Mira sambil memetik jarinya dan menghala ke muka Akmal. "Mengelamun ke?" Mira membuat mulut sengetnya.

Akmal tersengeh. "Awak ni cantik la"

Mira buat memek muka. "e...tolong la..."

Akmal tersenyum lagi.

"Saya tolong awak?" pelawa Akmal.

"Tolong? Tolong apa?"

"Tolong bawakan buku."

"Serious?"

Akmal mengangguk.

"Eh, best juga sekali-sekala buli orang." kata Mira, nakal.

"Awak cakap apa tadi?"

"Tak ada apa-apa”.

“Oh, nakal ha?” balas Akmal. “Jum hantar buku. Bila semua dah selesai kita pergi...klinik!"

“Ye...saya tau. Jangan risau, saya ingat,” balas Mira.

Akmal tersenyum. Mereka berjalan seiringan.

No comments:

Post a Comment