Monday, May 10, 2010

...PaRt 2...

Mira berlari menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa bagai orang gila. Mengejar kekasih hati yang bakal dilarikan orang.

Bergegas dia berlari ke sana-ke sini mencari jalan untuk mencari Hakimi. Polis bantuan, pemandu teksi sehinggalah ke kaunter pertanyaan ditanya bagi memastikan dia dapat bertemu dengan Hakimi sebelum Hakimi berlepas ke London beberapa minit sahaja lagi.

Mira hampir putus asa apabila seorang petugas kaunter pertanyaan memberitahunya, penerbangan ke London akan berlepas tidak kurang daripada 5 minit lagi. Sudah pasti Hakimi telah melepasi balai perlepasan. Duganya.

Namun, tuhan maha berkuasa. Mira yakin, dia pasti akan bertemu dengan Hakimi.

Dengan air mata yang berlinangan, sambil berbekalkan doa dihati dia cuba menjejaki Hakimi. Namun, masih gagal.

Kini, bisikan hati Mira tegas mengatakan bahawa Hakimi berada di hadapan pintu masuk utama. Tanpa berfikir panjang, dia meluru menuju pintu masuk utama.

Mira memandang sekeliling mencari satu jasad yang dimaksudkan. Hatinya berdegup kencang apabila melihat seorang pemuda yang memakai t-shirt putih beserta kod berwarna gelap dan bercermin mata hitam. Dengan pantas, dia meluru ke arah pemuda itu.

“Kimi!” Jerit Mira.

Pemuda itu menoleh. Tepat jangkaan Mira. Dia adalah Hakimi.

Hakimi terkejut apabila melihat Mira dihadapannya. Dia mula gelabah. Dengan pantas dia menghampiri Mira, meninggalkan rakan-rakannya di belakang.

“Kau buat apa kat sini?!” Perlahan dan kasar nada suara itu.

Mira hanya terdiam. Kini, jiwanya benar-benar sebak.

“Hei perempuan! Kau tak dengar ke apa yang aku cakap ni?! Aku tanya kau, kau buat apa kat sini?!” Tanya Hakimi sekali lagi.

Mira terkejut. Kesat benar kata-kata itu.

“Kimi, awak nak pergi mana ni, Kimi? Cakap la dengan Mira, awak nak pergi mana ni? Dengan beg besar macam ni. Nak pergi mana?” Tanya Mira dengan tersedu-sedu sambil menarik-narik lengan baju Hakimi.

“Ish! Apa main tarik-tarik baju orang ni! Kau tak malu ke ha?!” Tegur Hakimi, kasar.

“Kimi please... Tolong jangan buat Mira macam ni.” Rayu Mira lagi.

“Sudah la, nanti diorang dengar! Kau pergi la balik! Aku kata pergi balik, pergi balik!” Jerkah Hakimi lagi. Langsung tiada sedikit pun belas kasihannya setelah apa yang dilakukan kepada Mira.

“Kenapa awak cakap macam ni? Apa salah Mira?” Tanya Mira dengan lembut. “Tolong la Kimi, explain pada Mira. Cakaplah apa yang orang kampung cakapkan pasal awak tu tak betul! Please cakap Kimi! Cakap la! Mira nak dengar sendiri daripada mulut awak, Kimi!” Jerit Mira.

“Apa yang kau merepekkan ni ha perempuan! Kau dah sewel ke?! Ke dah hilang akal?! Sudah la! Kau tak payah nak berdrama pula kat sini. Aku dah lewat dah ni!” jerkah Hakimi lagi.

“Kimi tolong lah. Jangan buat Mira macam ni. Mira minta maaf kalau Mira ada buat salah. Tapi please...Tolong jangan tinggalkan Mira.” Nada suara Mira kini semakin sayu. Air mata Mira mengalir dan kini lebih laju.

“Sudah la. Aku cakap sudah, sudah!” Kimi menepis tangan Mira.

Cepat-cepat Mira menarik kembali tangan Kimi.

“Kimi, tolonglah. Pandanglah tepat ke dalam mata Mira. Cubalah salami hati Mira ni. Tidak ke awak sedar Kimi, yang Mira benar-benar cintakan awak. Kenapa awak sanggup buat Mira macam ni?!” Mira tidak dapat lagi menahan sebak. Air matanya laju menuruni kelopak matanya.

“Kau??? Kau kata kau cintakan aku?” Hakimi tergelak kuat. Semua mata memandang ke arahnya. “Cermin diri kau tu sikit!”

Satu persatu ayat itu jatuh ke dalam hati Mira. Pedihnya hanya tuhan yang tahu.

Mira geram. Dirasakan kesabarannya kini mula tercabar. Dia hanya memandang wajah Hakimi.

“Ye! Memang aku cintakan kau! Aku terlalu sayangkan kau, Kimi. Cuma kau tu je yang buta! Aku sanggup bekerja siang malam pagi petang semata-mata nak cari duit bagi menampung perbelanjaan bussines baru kau! Kau sedar tak itu semua?!” Kata Mira berani.

Hakimi hanya tersenyum sinis. Sakit betul hati Mira memandang wajahnya.

“Sudah la. Kau simpan je lah duit buruk kau tu. Sayang aku kat sebelah tu, tak payah bersusah payah cari duit siang malam pun dah boleh tolong aku. Nie baru bussines kecil, belum lagi bussines yang besar, belum lagi cakap pasal kawin. Kau? Jangan katakan nak nikah. Bertunang pun tak lepas.” Hakimi ketawa lagi.

“Woi, jantan dayus! Kau fikir sendiri. Siapa yang sepatutnya cari nafkah, dan siapa yang sepatutnya cari duit untuk semua tu!” Spontan ayat itu terlepas dari mulut Mira.

Hakimi terdiam seketika. Dia melangkah setapak menuju ke arah Mira. Mungkin kelelakiannya tercabar.

“Come on, Mira. Jangan kau tanya soalan bangang macam tu boleh tak?! Malu la sikit! Tak mampu, cakap je tak mampu! Sekarang dah zaman moden, bukan hidup zaman lapuk macam kau tu! Otak mesti kena fikir bijak sikit. Baru hidup senang. Bodoh!” Jerit Hakimi.

Mira hanya mampu terdiam sambil menangis. Dia hanya mampu merenung wajah Hakimi yang sedang dalam kemarahan. Tidak sanggup lagi dia bertekak dengan Hakimi. Dia hanya mampu membiarkan sahaja leaki itu melemparkan kata kesat buatnya.

Hati Mira semakin terguris. Dia tidak pernah melihat Hakimi melemparkan kata kasar seperti itu padanya selama ini. Ya tuhanku, benarkah insan yang berada dihadapanku ini adalah Hakimi? Begitu mudah kau bermain kata-kata, menyedapkan hati. Menabur janji manis. Akhirnya begitu mudah juga kau persendakan. Hati yang kau robek, langsung kau tidak peduli. Cinta bagimu mudah dibeli dan ditukar ganti. Murahnya harga hati dari sudut fikiran kamu, Hakimi. Ternyata kau dah berubah! Kau bukan lagi Hakimi yang aku kenal dulu. Semoga kau diberikan petunjuk yang baik untuk bekalan jalananmu. Semoga kau berbahagia selalu....

“Sudah! Aku dah lambat dah ni. Aku kena pergi sekarang. Nanti kalau aku ingat, aku akan bawa balik ole-ole honeymoon aku buat kau. Dah, kirim salam semua orang kampung.” Kata Hakimi. Dia terus menarik troli sambil tangannya yang sebelah lagi dipimpin erat oleh tangan Calist. Calist, wanita yang berkepit dengan Hakimi hanya mampu tersenyum melihat gelagat Mira.

Semua mata memandang. Mira tidak dapat lagi berbuat apa-apa melainkan membiarkan Hakimi pergi. Air matanya berlinangan.

Hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa hancurnya hati Mira ketika itu. Mira tidak dapat lagi menahan sebak yang melanda jiwanya. Dia terduduk dilantai sambil melihat Hakimi pergi. Dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi melainkan hanya mampu melihat bayang Hakimi pergi dan akhirnya hilang dari pandangan.

Mastura mula merapati Mira yang terduduk dilantai. Didakap tubuh sahabatnya itu. Tidak sanggup rasanya melihat keadaan sahabat baiknya begitu. Mastura turut menangis.

Kini, Hakimi telah pergi. Dari jauh, Hakimi sempat memaling ke belakang memandang Mira yang terduduk di lantai. Sayu hatinya melihat Mira. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia mematikan langkahnya, lantas berlari mendakap tubuh gadis itu sekuat hatinya. Namun, itu semua hanya percuma.

Aku minta maaf Mira. Semoga kau berbahagia selalu...

---

No comments:

Post a Comment