Monday, May 10, 2010

...PaRt 6...

Sang mentari sudah mengintaikan diri di langit yang luas terbentang. Suasana sejuk telah menusuk ke tubuhnya. Pagi itu awal-awal pagi lagi, Mira sudah menyiapkan diri untuk ke library. Baru sahaja menyusun langkah menghadap pintu rumah, kedengaran talifon di ruang tamu mula berdering. Mira mematikan langkahnya. Lantas, terus mendapatkan talifon.

"Hello"

"Hello Mira, aku ni"

Mira mengeluh. Dia sudah dapat meneka siapa di talian.

"Ha, kau Syeerin. Nak apa ni?" tanya Mira.

"Kau jangan lupa buku aku atas meja dalam bilik tau. Pastu ingat semalamkan aku ada bagitau yang uncle aku dari US mungkin akan call hari ni. Kalau dia ada call nombor telefon rumah, and than kau ada kat rumah, kau pick up phone ye?" pinta Syeerin.

"Ye...aku ingat. Kau kat mana ni? Pagi-pagi buta dah menghilangkan diri."

"Aku dengan Ah Chong kat Camaron Highland. Kau nak tempah apa-apa ke?" tanya Syeerin lagi.

"Ha??? Kat Camaron? Emmm...tak de apa-apa kot"

"Come on la Mira aku belanja"

“Syeerin, aku dah lambat dah ni,”

“Kau cakap la dulu, kau nak apa,”

"Kau belilah apa-apa pun. Aku tak kisah. Okeylah aku dah lambat ni. Jaga diri elok-elok. Have fun! Okey bye." Mira terus mematikan talian.

Kalau dilayan si Syeerin ni, sampai esok pagi pun tak habis.

Mira pantas mengatur langah. Baru sahaja Mira mahu memulas tombol pintu, kedengaran talifon kembali berdering. Mira mengeluh lagi.

“Ini tak de kerja lain mesti si Syeerin lagi ni. Kalau tak ganggu aku pagi-pagi buta ni memang tak sah!” ngomel Mira.

Mira geram. Dia lantas mematahkan langkahnya. Ganggang telefon itu diangkatnya pantas.

"Hello. Apa lagi kau ni Syeerin. Tak ganggu aku pagi-pagi tak sah. Call la hanset aku. Ni call talifon rumah buat apa. Tak pasal-pasal kena patah balik. Aku dah lambat ni. Jangan la ganggu aku. Please, please… Kau beli la apa-apa pun. Aku tak kisah.." Mira mengomel. “Ha, sekarang dah puas dengar ngomel aku. Dah, letak talifon ye. Okey, babai Syeerin”.

Begitulah tabiatnya awal pagi. Syeerin selalu menganggunya. Kedengaran gelak tawa Syeerin dan Ah Chong di hujung talian. Lantas talian dimatikan.

Mira mengeluh sendirian. Baru sahaja dia menyusun langkah, talifon berbunyi lagi. Sangkaannya seperti biasa. Syeerin ditalian. Namun pagi itu sangkaannya meleset.

“Ini sudah menimbulkan kemarahan Syeerin. Kau nak apa lagi ni? Ganggu aku tak habis-habis tau. Kau belilah apa pun. Aku tak kisah. Teddy bear ke, coklat ke, kau kutip bunga tepi jalan pun aku tak kisah” kata Mira.

"Hello, you Mira right?" suara pemuda di talian.

Eh Mat saleh mana pulak talifon aku pagi-pagi buta ni. Uncle Syeerin dari US!

"Hello, err...yap, that me Mira. You is Syeerin’s uncle from US right? Sorry sir, may I help you?" pelawa Mira.

"Ha?? Errr… Oh... Of cause I want you help me." jawab pemuda itu.

Mira terdiam. Excitednya uncle Syeerin ni!

"Sudi tak awak keluar makan dengan saya hari ni? Tentang masa dengan tempat tu kat mana-mana pun boleh. Saya tak kisah"

Mira pelik. Eh, mat saleh ni murtad pulak ke? Ni bukan uncle Syeerin ni! Ini mesti mamat gila yang telefon aku pagi semalam ni.

"Hello saudara! Kenal awak pun tidak, tetiba ajak orang keluar. Tak malu ke? Awak ni siapa?Apa awak nak? Daripada mana awak kutip nombor talifon ni ha? Awak tau tak yang saya dah lambat? Jangan main-main boleh tak? Awak dah buang masa saya tau tak." balas Mira geram.

"Amboi garangnya dia... Banyaknya tanya soalan. Awak dah minat kat saya heh? Patut awak tanya macam-macam soalan nih. Mana satu soalan saya nak jawab ni? Nampaknya awak betul-betul dah excited ni".

Mira terdiam. Perasannya mamat ni. Kenal dia pun tidak. Perasan lebih pulak.

"Ha? Apa? Oh ye ke? Sorry sikit yek. Tak terlintas sikit pun kat kepala otak. Awak jangan buat saya hot. Lebih baik awak cakap awak ni siapa? Jangan main-main boleh tak?!"

“Ala.. jangan la marah. Sedih saya awak cakap macam tu. Niat saya baik. Saya nak kawan dengan awak je. Betul, tak de niat jahat pun”

“Eh, jangan main-mainlah! Cepat la cakap awak ni sapa?!”

"Saya? Saya Akmal" jawabnya ringkas.

"Akmal? Akmal mana?"

"Akmal yang kacau awak tiap-tiap hari kat library tu. Kalau awak nak tau, sayalah orangnya"

"What??!!O... Awak rupanya. Ah nonsense lah bercakap dengan awak ni. Gila....!!!!" Mira terus menghempas ganggang talifon. Lantas, dia terus keluar daripada perut rumah.

"Fuh semangat! Terkejut aku. Dangerous jugak minah ni. Pekak sebelah telinga aku," Akmal menggonyoh-gonyohkan telinganya.

"Entah-entah dia ingat aku ni geng-geng samseng mat motor tu tak? Ah! Walauapapun aku tak akan putus asa! Aku dah tau apa favourite dia! Apa ke benda tadi? Err...Ha! Teddy bear, coklat, bunga. Yes!" kata Akmal lantas dia melonjak keriangan.

Akmal mula rasa bosan. Tambahan lagi cuti semesta akan bermula. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian menghembusnya. Dia mengeluh sendirian.

"Hai, baru je nak masuk line, ada ke patut dia hempasnya talifon. Kalau macam ni, beruk pun lari!" Akmal ketawa, teringat akan gelagat Mira tadi.

"Hai Mira, Mira. Pelik aku perangai perempuan ni. Unik! Ah, aku dah bosan ni. Pergi librarylah".

Akmal terus mencapai sweaternya di sofa lantas di sarungnya. Topi di kepala di betulkan. Lantas dia terus mendapatkan jip merahnya.

No comments:

Post a Comment